Showing posts with label Adlina. Show all posts
Showing posts with label Adlina. Show all posts

Monday, December 3, 2007

Buku: Mamalia


Kelmarin, saya pergi ke perpustakaan. Saya telah membaca 5 buah buku iaitu Paper Creative, Hugging, Mr. Boogle's Peculiar Day, Shin Chan & Mamalia.Yang paling saya ingat adalah buku tentang Mamalia. Mamalia adalah haiwan yang berbulu, berkuku tajam, mengandungkan anak & menjaga anak. Mamalia adalah seperti gajah, badak, beruang, harimau, kucing, tikus dan lain-lain.Mamalia yang paling saya suka adalah kucing. Saya berasa seronok membaca buku ini kerana saya dapat mengetahui lebih lagi tentang Mamalia.
...TAMAT...

Wednesday, November 28, 2007

Buku: Ripley's Believe It Or Not

Hari ini, saya pergi ke perpustakaan. Saya telah membaca 7 buah buku. Antaranya adalah buku Ripley's Believe It Or Not. Buku ini mengisahkan tentang perkara-perkara yang pelik. Buku ini sangat seronok. Salah satu daripada buku cerita menarik yang lain adalah Angin Kutub dan Matahari. Angin Kutub dan Matahari adalah sahabat baik. Pada suatu hari, mereka bergaduh. Mereka mengatakan diri mereka kuat, tetapi akhirnya matahari yang menang. Saya berasa sungguh seronok dapat membaca buku di perpustakaan.