Wednesday, November 28, 2007

Buku: Dinosaur, Teddy dan Jaws

PADA SUATU HARI, SAYA BACA BUKU DINOSAUR LEPAS TU SAYA BACA BUKU LAIN. PASTU SAYA BACA BUKU IKAN JAWS. LEPAS TU SAYA BACA BUKU TEDDY BEAR SATU KALI. BUKU TEDDY BEAR SIKIT SAHAJA SEMUA BUKU BANYAK SAYA NAK BACA DENGAN IBU DAN KAKAK ZAHRA... LEPAS TU SAYA KENA MARAH DENGAN IBU DUA KALI SEBAB SAYA PUKUL KAKAK SAYA . SAYA SUKA PERGI KE PERPUSTAKAAN...TAMAT...

Buku: Angin Kutub dan Matahari

Hari ini, saya pergi ke perpustakaan. Saya baca buku tentang 'Musang dan Anggur', 'Angin Kutub dan Matahari' dan buku tentang doa. Ini adalah cerita tentang 'Musang dan Anggur'. Pada suatu hari, musang mencari haiwan tetapi dia tidak dapat mencari haiwan. Musang ternampak sebatang pokok anggur tetapi ia tidak dapat anggur itu. Ia melompat ke anggur itu tetapi musang tidak dapat anggur itu. Musang berasa sungguh letih. Ia sudah tidak mahu anggur itu lagi. TAMAT. Ini pula adalah cerita tentang 'Angin Kutub dan Matahari'. Angin Kutub dan Matahari adalah sahabat baik. Satu hari Angin kutub dan matahari bergaduh. Angin kutub bercadang untuk bertanding. Matahari berjaya. TAMAT

Buku: Miko dan Basikal Barunya


Pagi pukul sepuluh saya pergi ke Perpustakaan, di sana ada banyak buku. Saya membaca enam buah buku yang bertajuk 'Miko dan Basikal Barunya', 'Angin dan Matahari', ular sawa dan macam-macam lagi. Di sana saya juga membaca dengan adik saya buku beruang. Kisah 'Miko dan Basikal Barunya' ialah mengenai gembira dan sedih. Kisah 'Angin dan Matahari' pula mengenai kalah dan menang. Saya berasa sungguh seronok.

Buku: Ripley's Believe It Or Not

Hari ini, saya pergi ke perpustakaan. Saya telah membaca 7 buah buku. Antaranya adalah buku Ripley's Believe It Or Not. Buku ini mengisahkan tentang perkara-perkara yang pelik. Buku ini sangat seronok. Salah satu daripada buku cerita menarik yang lain adalah Angin Kutub dan Matahari. Angin Kutub dan Matahari adalah sahabat baik. Pada suatu hari, mereka bergaduh. Mereka mengatakan diri mereka kuat, tetapi akhirnya matahari yang menang. Saya berasa sungguh seronok dapat membaca buku di perpustakaan.

Selamat Datang Puteri-Puteriku

Blog ini untuk Nina, Zahra & Myra menceritakan aktiviti-aktiviti mereka...